Nokia Netbook 3G

Sebenarnya sudah lama Ichi terbaca tentang kewujudan baru Nokia Netbook 3G cuma baru sekarang rasa tergerak hati untuk menulis sedikit review pasal Gadget baru dari Nokia. Mungkin anda sudah biasa menggunakan gadget yang dihasilkan oleh Nokia maksud Ichi telefon atau dengan kata lain handset, tetapi adakah anda pernah terbayangkan Nokia akan menceburi bidang perkomputeran ? Samada anda pernah terfikir ataupun tidak, jawapannya adalah ya dan gadget baru dari Nokia memang mantap dan cun. Pertama kali Ichi melihat Nokia Booklet 3G memang terasa macam jatuh hati pada keanggunan rekabentuk yang menawan, tapi adakah spesifikasi gadget dari Nokia ini mampu menambat hati pengguna ? Jom lihat review selanjutnya…
Selama bertahun-tahun Nokia merasa bangga kerana berjaya mempelopori dan menerajui industri telefon, baru-baru ini Nokia mengumumkan akan mengeluarkan Netbook pertama yang memang cukup menarik hati pengguna tegar Acer, HP, Compaq, Dell, Lenovo dan sebagainya. Apakah Nokia ingin bersaing dengan pesaing yang sudah lama pempelopori bidang perkomputeran ? Mungkin ya, dan apa yang pasti Ichi dapat melihat ada perubahan yang cukup ketara pada model keluaran Nokia ini yang tidak pernah ada pada Notebook, Netbook dan yang seangkatan dengannya. Berikut adalah sedikit review tentang spefikasi yang ada pada Nokia Booklet 3G :

- Powered by Intel Atom
- 12 hour battery life
- sexy ultra-portable aluminum chassis
- 1.25kgs
- packed with 3G/HSDPA, WiFi and Bluetooth connectivity.

Memang cukup ringan dan apa yang baru ialah Netbook dari Nokia ini didatangkan dengan pakej 3G yang mana sebelum ini anda perlu menggunakan broadband modem. Apakah dengan pengumuman yang dibuat oleh Nokia bermakna akan tamat riwayat modem broadband sedia ada ? Sama-sama lah kita nantikan berita terkini dari Nokia. Apa yang pasti ramai yang pasti suka dengan kehadiran Nokia Booklet 3G, selain dari pakej 3G Nokia juga memperkenalkan bateri pertama yang mampu bertahan selama 12 jam penggunaan. Di mana sebelum ini hanya ditawarkan sehingga 4 jam penggunaan maksima. Wow memang menarik bukan. Chasis juga dibuat daripada aluminium untuk ketahanan yang lebih, Nokia juga memuatkan perisian Ovi Maps yang mana digunakan pada versi telefon keluaran mereka. Setakat ini sahaja yang mampu Ichi ulaskan untuk anda, sama-sama lah kita nantikan apakah spesifikasi lain yang ditawarkan oleh Nokia apabila gadget ini dilancarkan nanti.
Related Articles
- Facebook : Turns to Lite Version
- Wonder Girl !!!
- Mari Periksa Kelajuan Load Web Anda !!!
- Saya Sudah, Anda Bila Lagi part 2?
- Two Days Of Effort & Now This Is The Result
- Laman Muat Turun Yang Best Giler !!
- Friends Connect Exchange Programs
![wazy84[dot]com](http://www.auracyber.net/Friends-Connect/bannerwazy.jpg)


p/s –> shout box anda kelihatan sikit sangat. susah untuk nak tinggalkan pesanan
Hami Asraff´s latest articles.. I Love Living Life. I Am Happy
[Reply]
Ichigo reply on February 19th, 2010 at 2:59 am
klik pada shoutbox utk full view
[Reply]
wazy´s latest articles.. Southern Wheel Motorsports
[Reply]
Ichigo reply on February 22nd, 2010 at 10:35 pm
orang pun kena membangun gak la, jgn asyik telentang jerk kan. majukan diri
[Reply]
http://fyzals-territory.blogspot.com/2010/02/review-nokia-booklet-3g-netbook-by.html
fyzal´s latest articles.. Review: Nokia Booklet 3G – Netbook By Mobile Phone Company
[Reply]
Ichigo reply on February 25th, 2010 at 2:58 pm
Ichi dah baca yg bro punya.. bagus la lagi byk perkongsian lg byk maklumat diterima
[Reply]