Facebook : Turns to Lite Version
Satu lagi pembaharuan yang dibuat oleh laman sosial yang paling hangat masa kini, terdahulu kita lihat laman sosial seperti MySpace membangunkan aplikasi MySpace Versi Ringan “Lite Version” dan sekarang tiba pula giliran Facebook memperkenalkan versi ringan mereka. Ini memudahkan pengguna mobile ataupun pengguna telefon mudah alih yang mempunyai sokongan internet melayari laman sosial ini. Walaubagaimanapun versi ini masih lagi dalam peringkat pengujian, di zaman yang serba canggih ini Facebook cuba untuk memberikan saingan dan menguasai populariti yang sebelum ini dimonopoli oleh MySpace dan juga Twitter melaui versi ringan mereka. Jika anda berminat untuk mencuba versi ringan anda bolehlah melawati url http://lite.facebook.com dengan menggunakan telefon mudah alih anda. Mungkinkah Facebook akan memonopoli dunia mobile ? Sebelum ini Ichi lihat kebanyakan pengguna dari twitter yang menggunakan perkhidmatan ini, walaubagaimanapun aplikasi ini masih di peringkat cubaan dan hanya beberapa aplikasi yang berfungsi sepenuhnya. Di peringkat permulaan Facebook hanya menawarkan layaran ke laman sosial mereka. Mungkinkah selepas ini Facebook akan menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Twitter sajikan kepada dunia mobile ?
Menurut Facebook penciptaan versi yang lebih ringan ini ditujukan untuk memuatkan ciri tertentu dengan cepat dan mudah. Perkhidmatan ini pasti akan membuatkan Facebook lebih menyokong platform untuk mobile. Beberapa komentator menggambarkan projek sebagai rancangan untuk menambah perkhidmatan Microblogging yang akan akhirnya mencabar pesaing mereka.
Facebook Lite adalah lebih sederhana dan cepat-loading versi yang menawarkan kemudahan untuk menambah dan membuat komentar, menerima permintaan teman, menulis tentang rakan di profile mereka, dan melihat foto-foto dan Status update. Secara rasmi Facebook Lite lebih kepada atau disediakan khusus kepada pengguna narrowband di pasaran akan berkembang seperti Asia Timur. Facebook nyata menyediakan pengalaman atau menggunakan pendekatan yang hampir sama dari laman sosial yang lain. Apapun semestinya pengalaman yang cukup berbeza dari laman lain.
Namun, Facebook belum mengesahkan tarikh Lite Facebook akan dirasmikan bagi pengguna AS atau orang lain.
Related Articles
- Facebook Games Yakuza
- Ichigo Reborn And The New One Is Always Better
- Saya Sudah, Anda Bila Lagi part 2?
- Mari Periksa Kelajuan Load Web Anda !!!
- Saya Sudah, Anda Bila Lagi ?
- Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja
- TAG by Wazy
![wazy84[dot]com](http://www.auracyber.net/Friends-Connect/bannerwazy.jpg)


Razi´s last blog ..Proposal master aku yang mengarut
[Reply]
Ichigo reply on March 5th, 2010 at 4:30 am
owh ye ker.. xperasan lak sebab selalu masuk check kejap then terus kuar. so memang xperasan la pasal notification tu
[Reply]
mancai´s last blog ..Salam Maulidur Rasul 2010
[Reply]
Ichigo reply on March 5th, 2010 at 12:48 pm
a`a kan, FB biasa memang lagi menarik
[Reply]
wazy´s last blog ..Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable
[Reply]
Ichigo reply on March 5th, 2010 at 12:47 pm
User ade dua pilihan samada nak guna yang biasa ataupun lite version. tp lite version ni disediakan khas tuk pengguna mobile, kalau guna lappy or pc bleh surf yg biasa sbb laju.
[Reply]
az´s last blog ..Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?
[Reply]
Ichigo reply on March 6th, 2010 at 6:04 pm
Ichi login fb layan game je kejap pastu logout terus. xde nak melekat lama kt fb. lagi best bloging
[Reply]
acapz´s last blog ..Memasang Cookies Editor Pada Firefox 3.6
[Reply]
Ichigo reply on March 7th, 2010 at 4:48 pm
tu la pasal, nama pn lite mesti lg ringan. Ichi login fb layan game jer. ^_^
[Reply]
Amir´s last blog ..Derita blog kehabisan bandwidth
[Reply]
[Reply]
[Reply]
[Reply]
[Reply]